Apakah Yang Anda Perlu Dilakukan Sekiranya Andamengalami Hipoglisemia?
Langkah 1: Uji Darah
- Pastikan paras gula dalam darah anda kurang daripada 4.0 mmol/L.
- Jika anda tidak mempunyai glukometer, terus ke langkah 2.
Langkah 2: Merawat
- Minum minuman atau makanan yang mengandungi 15g karbohidrat. Contoh:
- 1 sudu besar (atau 3 sudu kecil) gula putih atau
- ½ paket (125mls) air sirap manis (bukan yang "kurang manis") atau
- ½ tin minuman ringan biasa seperti Coca-cola (jangan pilih "tanpa gula") atau
- 4 hingga 7 gula (bukan yang "tanpa gula") atau
- 3 tablet glukos.
Sentiasa bersedia; bawa gula-gula atau manisan bersama anda.
Elak makanan berlemak seperti coklat kerana ia akan melambatkan penyerapan gula ke dalam darah.
Langkah 3: Uji Darah Sekali Lagi
- Uji paras gula anda 15 minit kemudian.
- Jika paras gula anda masih kurang dari 4.0 mmol/L,ulangi langkah 2.
- Jika paras gula anda sudah melebihi 4.0 mmol/L, makan makanan berkanji yang komplex (karbohidrat). Contoh:
- Makan sajian biasa atau
- 1 keping roti atau
- 3 keping biskut biasa (plain crackers) atau
- 1 gelas susu kurang lemak (250mls)
Catatkan keputusan paras gula anda dan beritahu doctor atau jururawat anda perihal hipoglisemia anda. Sentiasa imbas kembali apakah kemungkinan punca hipoglisemia.
Back to Top